Friday, June 17, 2011

Flaming Steamboat Buffet

oke ni entry khas jalan-jalan cari makan ke tempat yang highly recommend. serius. dah banyak kali gak aku dok pi tapi tak rajen nak review.

*click untuk ke website*

So far ada 3 cawangan
Platinum Walk, Danau Kota (area depan uptown Danau Kota)
Sunway (area tepi Sunway Pyramid)
Shah Alam (baru bukak taktau katna)

HARGA
dewasa = RM25
kanak-kanak = RM10 kot
bawah 3 y-o = FREE


Flaming cawangan Danau Kota
rituh pi lampu terbakar sikit ja, la ni banyak plak
HAHA

kat dalam peti neh ada macam-macam yang memang confirm kau takkan sempat nak rasa semua
ada 2 peti sederet kat situ tak silap

peti 1 ada
macam-macam jenis apa benda natang tepung-tepung macam fishball and segala lah yang macam steamboat lori tepi jalan tuh. aku taktau benda tuh panggil apa dia.tapi peti neh memang aku tak pi langsung pasai tak minat.

peti 2 ada
*berbagai jenis seafood, macam-macam siput, shell, kupang, lala, kerang, ketam, udang, sotong dan lain-lain
*pelbagai jenis cendawan, candawan butang, yang panjang-panjang macam taugeh tuh apa nama dia entah, lagi macam-macam ah jenis yang aku tak penah tengok
ada isi ayam, pedal ayam, isi ikan yang dipotong, salmon dll.
*pelbagai jenis ramuan masak tomyam contoh : bawang, jagung kecit, jagung besaq, tomato, kobis dan sayur apa tah lagi aku tak ingat

SEMUA MENTAH PUNYA
tapi tak bau macam kat pasar oke
pasai depa basuh kot, bersih ja

dekat kaunter kat depan neh ada 3 meja panjang

meja 1 ada
*ais
*mesin air gas macam kat kfc mekdi tuh, ada semua jenis air bergas coke 7up strawberry orange semua
*ada mesin air macam kat foodcourt tuh ada air mango, orange, laici, grape
*pastuh yang best jugak ada mesin ais kacang, buh ais sendiri pastuh mesin la bopa banyak pon hampa nak dan kat tepi mesin ais kacang ada 1 bekas dalam tuh ada susu, pewarna merah, hijau, kuning yang manis tuh, jagung, kacang merah, lengkong, jelly dan menda lah semua ramuan ABC tuh

meja 2 ada
*nasi goreng, mee goreng, koeyteow goreng, rendang dengan apa tah lagi
*ayam goreng, potato wedges, nugget dan bagai-bagai aku tak ingat
*pelbagai kuah steamboatn (aku tak penah try), sos, kicap, mayonis dan bagai-bagai apa tah, budu pon ada apa kan, kahkah
*pelbagai jenis sayur fresh : sawi, kobis, kangkung, kailan dll. tapi yang neh depa tak potong, kira sebatang-sebatang camtuh r.
lagi ada apa aku tak ingat

meja 3 ada
*susu pekat
*buah-buahan : nanas tembikai dan apa tah lagi jugak serbuk asam
*teloq puyuh yang sudah direbus dan teloq ayam yang belum dimasak
*pelbagai jenis mee & bihun yang keras tak masak lagi, serius banyak jenis
*coklat fountain (yang neh aku suka), marshmallows, biskut yang panjang-panjang macam jari tuh
*sebelah meja neh ada peti aiskrim dengan pelbagai perisa aiskrim kat dalam tuh : strawberry, coklat, vanilla, yam dll


harituh masa pi dengan abang, kak tie n mira, buat ABC dengan mira, buh susu pekat banyak-banyak pastuh tuang coklat fountain tuh sikit, haha puas hati
sedap giloss okess!!
tapi mangkuk dia kecik, tak siok!

hmm tuh ja yang otak aku sempat ingat, tapi serius macam-macam ah ada
tapi ni cawangan Danau Kota la, cawangan len tak penah pi lagi so taktau



ketam feveret feveret
nak makan bopa ekoq pon tak pa

makan sampai berpeluh-peluh even dalam ekon pon
tengok kerusi belakang pon dah kemas tapi aku tak puas nak makan lagi haha
dah lah takdan nak makan dessert,
len kali nak pi, kena pi awai-awai boleh dok lama-lama sampai puas

sebelah kuah sup, sebelah kuah tomyam
masak la kau puas-puas
agak-agak kuah nak kering, boleh panggil suruh dia mai tambah lagi





nah tunjuk sisa ja
tak senonoh kahkah



Latest dia baru ja bukak cawangan kat Shah Alam Seksyen 33
seronok okes!
pasneh kalo aku pi Shah Alam, tak payah dah nak pi jejauh dah nak makan Flaming






p/s : aku suka makan kat sini sebab aku suka seafood dia banyak, yang steamboat tepi jalan/gerai-gerai tuh aku tak suka pasai aku tak makan sangat kuah steamboat camtuh. tapi tak boleh dok pi selalu sangat kot pasai takdak duit.




Thursday, June 16, 2011

TV3 samarinda annissa & akasia nora elena

harini tak taw lah nak update cerita pa.
semalam lepas balik qeja, mandi, makan nasik lauk gulai rebung sambil tengok tv3 pukui 1030.
macam best pulak kan cerita tuh.

neh pon mengantuk sangat neh semalam tidoq lambat pasai dok layan samarinda annissa tuh la kat tonton
hampa tengok dak?


SINOPSIS DRAMA
aku tak baca pon pasai aku nak tengok teros ja biaq suspen sikit
malas ah nak sinopsis-sinopsis bagai neh hahaha


oke hampa kalo tengok jangan bagitau aku jalan cerita sebab aku nak tengok sendiri dari awal.haha aku tertarik pasai mula-mula tengok cerita dia buat aku jadi nerves lebih, kahkah, pelakon-pelakon dia pon best, lagu-lagu dia pon best, jalan cerita dia neh rasa macam omg! boleh dok pi kawen dengan laki kawan baik seniri, ini sungguh gilos lah wey!

sat nak pikiaq aku nanti kalo nak kawen dengan laki kawan baik, nak kawen dengan laki kawan baik hat mana hah? KAHKAHKAH

aku baru ja nak tengok cerita neh.
yang aku tau ia pasai 4 kawan baek buat bisnes sama-sama pastuh ada lah part khianat apa jadah semua tuh, tapi bila aku tengok cita neh aku pon tetiba dok bayang aku, dylla, ezy, hatin dengan mira dok jadi bisnes partner macam dalam cerita tuh, hahaha lawak oke. mula dah dok pikiaq merapu, BFFs sila tengok cerita neh taw, tak payah dok nora elena sangat, kahkah


eh eh copp!! cerita nora elena pon aku nak tengok jugak nanti kalo free, harini dah episod last ek? kesian aku sungguh ketinggalan zaman, haha. merata dok baca orang dok cakap kata best sangat, haha nanti aku tengok nah.


aku bukan fanatik aaron aziz sangat *tapi kalo cerita ada zizanrajalawak aku laju oke, HAHA*
plus dok baca merata yang cerita tuh watak suami (hero) tuh macam tak logik sangat sweet melampau, aku tak mau lah dok dibayangi hidup nak cari suami sweet camtuh pastuh sampai ke tua tak kawen pasai tak jumpak laki sweet camtuh, oh merepek! mana ada laki perfect camtuh.

contoh :
kalo ada yang sweet gila, mesti poket tak tebai.
kalo poket tebai plak, pemalas dan tak romantik.
kalo romantik plak, tak kacak.
kalo kacak, tak setia pulak.
kalo setia, tak kacak pulak.
kalo kaya, ilmu agama pulak tak cukup.
hah macam-macam ah mesti ada kekurangan jugak kan.

adaptasi novel pulak kan, memang ah serius novel-novel gineh jenis bila baca, kita rasa macam kita yang jadi watak utama, terawang di awangan, aaww pelangi pelangi oh indahnya. pastuh dok berharap nak macam tuh, ah pelisss la, tuh pasai aku tak suka baca novel sangat, jarang sangat! haha sila kembali ke alam realiti, tak payah dok cinderella snow white rapunzel sangat lah. hahaha

eh dah melalut lebih sangat pulak kan, kesimpulan memang payah nak cari laki yang sweet perfect melampau camtuh, drama tak sama dengan realiti. kalo ada pon 1 dalam seratusribu, haha boleh camtuh? takmau nak obses-obses sangat nah gadis-gadis, tak mau tak mau, nanti tak kawen sampai ke tua, mak marah taw! hhahahahahha oke merapu.

peace!
*eh gambaq posing ala-ala zaman myspace, gedik kan benci kan*
HAHA


rilex-rilex sudah kan
tak hensem, tak kaya(bukan takdak duit langsung,nanti nak malan apa kan. LOL!),
tak romantik, tak sweet melampau pon takpa
yang penting cukup bagi kita kasih sayang untuk buat kita bahagia
dan boleh bimbing dan jaga kita sampai akhir hayat
kan ?
:)




eh surat ahkak geli pasai nora elena tuh siap masuk ohbulan rupanya noh, haha femes sungguh!



p/s ; get well soon love!




NUFFNANG