Thursday, February 2, 2012

Rindu.

 

eh rindu la nak update blog, eh mana ada. malas sebenaunya nak update blog.

sebenarnya rindu dekat love. dari balik haritu asek gaduh ja, mesej sehari pon boleh kira berapa kerat ja, normal lah tuh, bile dah jejauh gineh memang selalu gaduh, eh padahai bila dekat pon sama ja selalu gaduh jugakkk, hahaha. gaduh-gaduh manja mengada mintak pelempang ja, dah biasa pon. dia pulak kes tak reti nak pujuk, aku plak jenis memang ego taknak kalah, ginilah jadinya, huahua,

dah la balik harituh sebok explore portal Utem cari jejaka misteri tuh, kehkeh, dah jumpa dah seronok sekejap pon. sekejap ja la, biasa la tuh, perempuan kan, yang dok ada depan mata bukan nak nampak, sebok nak pandang kelainn. haha. ya la crush kita tuh comel. suka tengok ye senyum jaa. hehe

tapi comel mana pon still tak dapat lawan love kita, mana nak cari laki yang sanggup makan megy sebab nak bagi kau makan tomyam, sanggup pakai henpon cokia sebab nak blanja kau dan nak melayan perangai mengada kau nak macam-macam., pendek kata yg sanggup gadai nyawa untuk kau lah kan, senang nak cari??

dah la sporting habes, kau nak keluar dengan ex kau pon dia tadahal la, walaupun kadang2 dia suka buat sentap hati mak nak, tapi kejap ja, dia pun dah paham awek dia memang mengada bila boring sikit usha laki len, kuaq dengan ex, pakwe kau bagi?? susah kan.. tapi dia tak kesah pon sebab dia dah tahu kat hati awek dia ada dia sorang ja, dia percaya kat awek dia, kan love? huahua.

eh gedik sungguh –__-“

 

 

motif entry nih? saja nanti nak tengok dia baca ka dak, tengah gaduh niii, . sweet tak kita?? haha kbaiii

Saturday, January 28, 2012

Hello 2012!

 

kuikui orang dah nak masuk bulan 2 aku baru nak halo 2012.

lama tak ngupdate blog  sebab berat jari nak menaip

eceh sbenaqnya aku busy skit sejak2 balik haritu dengan bisnes dan juga laptop aku is rosak.

dah malas repair dah pasai banyak kali sangat dah p repair tapi condition dia hampeh jugakkk.

love kata tak payah dok repair dah la. malaih dah, betoi la kot sesetengah orang dok kata skali laptop dah hantaq pi kedai, makanya memang selalu la dia nak masuk kedai tuh, ZZZzzz

since cuti sem rituh ada ja love bagi laptop dia tapi aku malas nak update blog pasai lappy dia takdak windows live writter, ni tak sat baru aku install so here it is. new entry selepas sekian lamaaa.

sekarang cuti sem. bersungguh-sungguh aku menggunakan masa sepenuhnya untuk menikmati kehidupan yang indah di rumah. siok baq hang! kehkeh

qeja aku makan, tidoq, melantak, men game, perabeh karen, perabeh minyak kereta, dan yang penting perabih duet mak ayah, qeja rumah malas buat, asek mintak duitt ja, selalu kena beletiaq dengan mama tapi dah kebal telinga aku neh. xdak effect pa dah. hahahaha

oke tuh ja nak habaq, insyaallah pasneh aku rerajin ngupdate selalu yaw! kbaiii

Sunday, December 4, 2011

Update secara pukal.

ha ya rabbi punya lah lama tak update , aku rasa aku punya busy tuh dah nak sama taraf dengan menteri, eceh overrr.. .

gila banyak benda jadi dalam masa bopa lama eh aku tak update neh makanya haruslah update secara pukal.! wahaha.

punca 1st lama tak update is laptop aku is rosak. T__T
sedih sungguh, nak buaq qeja apa pon payah bak hangg..

macam2 benda kot ada dlm tuh...
tanya kedai nak repair dia kata kurang2 mau RM350. *mati*
duit pon xdak, nak cekau mana mmpoih smpai 350. memang tak ah nak repair lagii.. so biaq dulu.

ayah aku tanya nak repair laptop tak, ye nak bagi duet, tp aku macam tak sampai hati gila kot.serius.
sebab last month baru ja depa 1 family mai sini p konvo ayie kan, kat situ dah habeh duit banyak kot, ingat murah ka.. nak konvo ja, tapi bjalan tuh, kos. minyak bukan isi pakai air oiii... minyak lagi, tol lagi, hotel lagi, makan lagi, nak soping2 lagi..agak2 dekat 2k jugak apa depa habeh.sungguh aku tak sampai hati bila ayah tanya harga repair laptop. dan2 aku jadi sedih,
aku kata kat ayah, takpa la. biaq dulu, sekarang tak pakai laptop sangat... kalo nak pakai adik pinjam laptop mie ja...

padahaiii time2 camneh la sungguh banyak nak pakai laptop oi,, dengan report tak report, asgment tak asgment, presentation lagi,, hahaha..

tuh la kata, lpas naik cuti midsem  rituh memang aku takdak masa nak berfoya-foya langsung, janji dengan ferd n nabila nak turun KL pon asyik dok bertunda ja,,,, :( sorry tau hampa, rasa bersalah sgt kot..

tapi serius aku busy sgt, tidoq pon lewat malam, dats y kalo ada masa terluang clas cancel ka apa ka, aku lagi prefer untuk tidoq dari buat qeja laen, hahaha cover balik masa-masa tidoq aku yang tak cukup.. letih kot badan bila tak cukup tidoq, tak cukup rehat,, belajaq pi la bagai nak rak pon, tetaplah tak masuk :/

stock shawl nak pi amik pon takdan nak pi amik lagi, kesian customer ada gak yang dok tanya-tanya bila nak re-stock. dah bopa kali next week dah aku habaq taktau la.. hahaha
actually aku ada jumpak jugak kedai2 kat Melaka ni yang ada jual borong dengan harga yang murah, tapi takdan nak pi survey2 lagii.. BUSY PAHAM DAK??? hahahha

lepas naik midsem harituh bersepah dengan test. jenuh oi dok study siang malam, dah la tak bijak.. tp alhamdulillah la, result test boleh la,,, tuh pun hasil pandang kiri pandang kanan jugak masa test, hakhak.

sekarang aku perasan pangai budak-budak kelas semua pakat tertonjol dah, dulu-dulu masing2 semua pakat diam ja,,, hahaha tak tahan sengal jugak klas neh, dengan hingaq tak hingaq, gelak besaq haha macam-macam lah,, seronok sangat klas tuh, lecturer2 yang mengajaq pon macam enjoy ja ngajaq kelas kami, sikit2 gelak, sikit2 senyum.. haha serious aku suka dengan kelas neh! rasa macam takmau ponteng klas pon tau dak. hope keadaan camneh akan kekal sampai habes sem akhir nanti. lagi 1 benda aku suka dengan kelas neh, semua adalah sepakat sangat.. saling tolong-menolong. kalo taktau apa2, semua depa akan ajaq, best sangat.. kira tak lokek ilmu lah kan..

dan minggu lepas ada game #sukanantarafakulti UTeM.  minggu sebelum tuh adalah sibok dengan prektis, ecehh.. sakan tau, semangat semua orang. fakulti bongsu kan, kami takdak senior, kamilah senior dan kamilah junior. hehe.



untuk DF yang dok tertanya-tanya tuh, hahaha ai maen futsal oke. tapi 1st day tak main pon, hitam ja lebihhh, main 2nd day ja, tuh pon sat ja, orang tak hebat lah katakan, haha. tapi serius lepas main harituh aku ada masalah kulit yg sangat terok, melupas tak payah cakap r, muka pedih-pedih, sakit woo,, dah la tambah hitam, dapat sakit lagi, jerawat tak payah cakap r kan, sampai ke harini tumbuh tak berenti2 T___T pastuh pulak demam pulak sat 2,3 hari lepas habeh game tuh, pasai kena hujan terok, balik rumah basah kuyup..

tak seronok dengan cuaca sekarang, asal petang ja hujan, nak berjalan pon susah, kita orang susah, merempit ja,,, tapi takpala, untungla dia ada nouvo cabuk dari berjalan kaki kan. eheh. salu ngadu kat ayah, payah nak kuaq makan, hujan lah, jauh lah,, kesian ayah, dia kata next sem dia bagi balik kelisa tuh kalo dah repair, tapi takpa la, aku pon tak sampai hati nak push2 ayah, kereta tuh pon banyak nak kena repair, duit semua tuh, ayah kata nanti dia usahakan. sedih tau aku dengar ayah cakap camtuh, ayah selalu usahakan yang terbaik untuk aku, kalo aku nak apa-apa, dia cuba adakan untuk aku tapi aku jarang menghargai apa yang ayah bagi, aku jadi tak reti nak express rasa terima kasih aku kat ayah, serius tak reti. *menitik air mata dah ni*

sejak dok jauh ni, aku rasa tacink lebih kalo tringat kat ayah, jadi sedih sangat taktau pasepa. dah la, xmau cakap lebih-lebih,*lap ayaq mata* eh harini dah 4 haribulan 12, esok besday ayah! sedeh tak dapat celebrate dengan ayah *ah nanges lagi* kbaiii..


harituh abang aku tepon, saja sembang-sembang, lama tak sembang dengan dia, dia kata ayie nak bertunang, cincin dah beli, tunggu aku balik ja..  rasa macam orang penting plak sat, dia nak bertunang pon tunggu aku balik, hehe..kesian ayie, dia pon busy qeja cari duit nak kawen, nak beli kereta bagai..
abang takpa la, dah senang, la ni dia dah benti qeja, dok rumah besaqkan badan ja, haha dia kata lepas habeh master baru nak start qeja balik, tak seronok katanya qeja kat KL tuh. rindu abang-abang aku, :(
rindu mama jugak, lama tak sembang dengan mama

aku kalo kol mama pon kol suh masuk duit ja, hahaha kadang2 rasa tak guna jugak, nak suh masuk det baru nak tepon, kalo dak tuh, memang busy ja memanjang.. haha.

cakap pasai duit, lagi 1 nak habaq, bulan2 ayah mama bagi duit poket kat aku 400 ja sebulan, sungguhlah tak cukup, kat sini makan mahai, stress gak ouh kadang-kadang, salu tak sampai 3 minggu pon dah habeh rm400 tuh, nak makan sedap2 sangat memang tak dapat lah, mama kata kalo tak cukup mintak len, tapi memang tak ah aku nak mintak, aku rasa 400 tuh dah banyak walaupun tak cukup kan. takmau la dok beban mama ayah terok-terok sangat, rasa tak sanggup kot, tuh la pasal kat sini aku dok berbisnes jugak, kdg2 sebulan untung 100 pon aku rasa dah oke dah.cukup gak la nak wat mnampung saat-saat terdesak hujung bulan.. hehe

salu aku pesan kat diri seniri, takpa la, sabaq la. bersusah2 dulu, aku bukan orang kaya, bukan anak datuk, nanti dah habeh blajaq ada la ganjaran dia, tapi alhamdulillah stakat harini cukup la makan pakai tuh..mak ayah aku sentiasa bagi yang terbaek. *ahh tacink lagi plak*

dah la malas nak melalut dah, lagi banyak lagi dok tacink, satgi teriak pulak sorang-sorang, bukan bleh sangat aku neh, rumet dah la takdak kat bilik, hahaha. dok sorang-sorang kan mulalah nak feeling lebih.

eh lagi 1 sebelum aku terlupa, petang tadi ada berita mengejut, BFF aku aerzee, ayah dia meninggal dunia, aku pon tak reti nak cakap camna, bulan lepas pon ada mak kawan aku (classmate kat CIAST) meninggal dunia jugak. kelu aku masa dia mesej, taktau nak reply apa..aku nak bagi nasihat lelebih pon aku tak reti sebab aku tak pernah alami lagi benda camtuh, tapi aku harap aerzee kuat hadapi benda ni. sabar banyak-banyak, semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,aminn... al-fatihah.




oke tuh ja kot update secara pukal aku, haha banyak lagi cerita pasal annivesary, pasal love, pasai kawan-kawan yg @#$%^&* tapi malas dah, dah lewat ni.. nak sambung buat nota pulak, busy sangat kan aku neh, hahaha. babai..




p/s : thankyou awak bagi pinjam laptop dan brokben, boleh saya update blog, hehe.

Saturday, November 12, 2011

Konvokesyen UTHM 31/10/2011

macam biasa haruslah aku suka post crita basi kan, ya a aw.
masa neh aku pon last minit decide nak pi sebab ayie konvo tuh hari Isnin, dan Isnin malam aku ada test.
sabtu malam ayah sampai melaka n tidoq homestay dekat hostel aku, mengada la aku neh pujuk macam-macam cara nak mintak bagi dapat pi jugak, semua takmau bagi aku pi sebab Isnin dah la ada kelas full n  malam Isnin tuh jugak aku test kan so takut takdan nak balik. haha
lepas pujuk-pujuk Ahad pagi bertolak lah ke Johor dari Melaka. haruslah destinasi pertama bila dah sampai situ adalah Ayer Itam. shopping bebear dan kerepek-kerepek sikit, then pi makan beriani gam, then pi BP Mall sat cari t-shirt sebab aku adalah terlupa nak bawak t-shirt langsung, kuikui.
dah setel semua then check in hotel kat area Kluang sebab kat Batu Pahat semua banyak dah penuh.
027
045
tahniah ayie ^___^
051
060
147
ehem-ehem yang ni Insyaallah tahun depan kalau jadi. aminnn~
186
alololo comelnyaaa mama!


harituh adalah sangat panas sampaikan aku rasa muka aku dah sama berkilat dengan satin yang aku pakai tuh, –__-
pastuh balik Melaka semua pakat tanya pi mana sampai burn terok? wahahaha mampoih p laaa~
eh itu saja cerita, babye!

NUFFNANG