Friday, August 31, 2012

Berbuka paling sempoi

 

hikss nak sambung cerita uptown sikit lagi.

best nanti lama-lama tengok balik baru nak teringat macam-macam.

Masa dalam 2,3 hari lagi nak raya camtuh, sebelum Maghrib dah kena p bukak kedai, sebab nanti kalau lambat-lambat payah nak bawak masuk kereta makanya payah nak drop barang-barang semua.

So kami pon decide berbuka kat sana ja, pdahai memang peniaga lain pon dah ramai yang start berbuka kat Uptown ja. nak kata macam sedih pon ada macam fun pon ada berbuka kat situ, haha

Setup semua pasang khemah, pastuh azan, berenti makan sat pastuh baru sambung setup prabeh, masa tuh aku taktau nak makan apa, nak tapau memy masak pon malas. Makanya everyday beli nasik lemak sodap tuh ja kat Bazar Taman Sjati, heheh. Padahai hari-hari biasa kat rumah pon dok gila nak makan nasik lemak pakcik tuh jugak dengan abang. haha.

Aku pon agak pelik kenapa skarang ni aku sangat suka makan nasik lemak. Paling best of cos lah nasik lemak daun pisang, heheh. Kat uptown malam-malam pon kalau lapaq p jalan beli nasik lemak kat hujung tuh. Agak untung banyak sikit, boleh la makan char koey teow. haha.

IMG-20120830-WA000

sepi tau berbuka dua org ja, takdak sapa nak teman kami, sobs.

tapi macam sempoi jugak lah bukak meja atas tar tuh, buh sarung meja pastuh makan lahh. kehkeh

 

Yang aku paling seronok masa bulan puasa nih, duit sentiasa banyak ja dalam beg. sebab hari-hari dah perasing duit untuk tukaq, tuh yang salu dok terpakai duit tuh la, tapi dah bagitau kat ayah la kalau pakai, hari-hari kena repot kat ayah untung brapa and ayah catit dalam buku dia, pastuh duit untung semua dia pegang, kalau aku pegang seniri alamatnya memang tak nampak untung laa cerita diaa. hakhak

tapi ayah kata la kalau nak pakai beli apa-apa amik ja laa. huahua. siok. tuh rasa nak bejalan mana pon tak pa, rasa bekenan apa-apa, tak payah pkiaq banyak, beli jaa.  Tapi semua tu masa tuh la, sebulan yang lepas. Masa la nih dah tak meniaga, duit pon dah takdak, bukak beg duit nak tengok ada serat pon susah. kahkah.

Yang pasti lepas ni tak kesah lah camna pon aku harap lepas aku habis belajaq nanti aku mesti nak ada bisnes sendiri. Booth kecik ka, butik tudung ka kedai makan ka kedai runcit ka, apa-apa ja lahh.

Lagi satu best bila kat situ ada budak-budak anak-anak orang menega gak la . Aku kan suka budak-budak, selalu la dok layan depa sembang merapu-merapu, kacau sikit, buli-buli sikit, haha. harituh,ada untung lebih skit, belanja depa makan dadih. hehe. best la gak, takda la boring sangat kan.. hehe nanti mesti depa rindu kat kakak yang comel neh, kahkah. *muntah sekarang*

oke tu ja la kot cerita pasai aku punya pengalaman baru sepanjang cuti smester kali nih, memang teruja and puas hati gak la..

taktau pasepa tapi aku suka sangat kalo bab menega-menega neh. dats why la dulu kalau nak cari kerja partime mesti mintak yang ada kena mengena menega ni. so far dah boleh kata banyak jugak la pengalaman. jaga cc, jadi promoter digi, petronas, join jual bunga kat konvo Utem, dulu kat rumah sewa pon bisnes kecik2 juai aiskrim kat budak-budak, haha macam-macam la. seronok main dengan duit gamaknya, . sah mata duitan neh. LOL silap jugak pilih kos engineering patut kena amik bisnes ja. kehkeh. tapi macam tak mencabar lah plak kan.

nanti kita cerita pasai untung rugi and tragedi  masa menega harituh plak eh, haha. pulun kan semua nak crita, kepohsangatnii HAHA

 

oke semua thanks for reading. bye :)

Wednesday, August 29, 2012

Uptown Sungai Petani

 

Assalamualaikum u ols! lama tak hapdet belog ni. kehkeh. Entry lama semua pon dah banyak yang masuk draft ja. Rasa macam terencat plak tengok blog post lama-lama dulu, kehkeh

sebenarnya tengah cuti hampir 3 bulan sekarang, sama la dengan bebudak Uni yang lain. nak habes cuti dah pon next week. taktau laaa dok buat apa ja cuti neh.

masa awai-awai balik dulu seblom posa ada la dok buat-buat kalut sikit konon nak buat itu buat ini tolong memy kemas rumah bagai, tp hampeh jaa.. apa sangat ja la yang aku buat, hakhak

lepas tuh masuk bulan posa la baru best sikit. sebab ada jugak aktiviti dari dok tperap perabeh duit kat rumah kan.

sblom cuti harituh ada jugak sembang2 dengan ferd nak menega masa cuti 3 bulan ni sebab cuti lama sangat kan. Ferd skarang blajaq kat UPM. so balik2 Sp harituh we ols tros dok memanjat SP Plaza sebab nak apply tapak Uptown dari MPSP. Kerap jugak la dok p, buat surat bagai, pujuk2 pegawai dia sebab masa tuh dah lambat, semua orang dah apply awai dah. mana la we ols nak tau. kan we ols dok blajaq lagi. kehkeh.

Pendekkan crita last minit dalam 2 hari sblom posa baru dapat tau yang permohonan kami nak dapatkan tapak sementara diluluskan. ingatkan tak dapat dah, asek dok delay jaaa nak bagitau kputusan, huhu. tp alhamdulillah la dapat jugak. dah tuh kalut jugak la last minit nak cari barang menega kan. huhu. nasib la stock aku dok juai tudung on9 slama ni pon dok ada lagi skit2..

so ini la aktivi bulan puasa haritu . Sebulan menega kat Uptown SP dengan Ferd. Kami share, dia amik sbelah, aku amik sbelah. almaklomlah kami kan student lagi, mana byk duit sangat nak bawak kuaq modai bebanyak kan.

IMG-20120807-02224

aku juai tudung, skirt n seluaq cotton n jubah2 sket kt blakang tuh , ferd plak juai baju chiffon korea dengan pin2 tudung

 

tak reti lah nak crita yang pasti pengalaman kali ini adalah besttttt sangat. komuniti uptown yang baik2, pakcik2 makcik2 kakak2 abang2 yang menega kat sekeliling semua baik sangat, salu tolong menolong. rasa sedih plak bila dah tak menega ni.

hope taun depan boleh apply lagi, tuh pon tak sure boleh dapat tapak yang sama lagi. huhu

masa minggu terakhir tuh trasa gak la sedih dia, uptown pon meriah sangat, sana sini pasang lagu raya, pastuh paling best malam2 bila nak kemas khemah depa pasang lagu omputih kuat kmain, dah mcm disko plak. pastuh ada yg tembak2 bunga api. cantikkk sangat!! suka gila dengan bunga api :D

sampaikan tak terasa penat pon, bila dah ramai-ramai dok berkemas sambil dengar lagu camtuh, rasa lagi fun pon ada. hehe. seriousss rindu sangat!

A0BxRGDCMAA9Dfp

banyak jual tudung bawal ja. tudung sarung makcik2 tak jual pon sebab susah nak lipat nanti awning rosak. tak reti lah. heheh

 

A0lt9_iCQAAxMLT

ini lelong malam raya baik punyaa. haha

 

malam raya paling best, lelong sampai habis, promot punya kuat sampai sakit anak tekak. malam raya tuh balik lambat jugak la pasai mak perabeh semua stock. haha.

pastuh nabila datang bawak rendang dengan kuih raya, makan la kami kat uptown sambil dengaq orang dok takbir raya, haha feeling dia macam err tak reti ah nak cakap, tapii serius sronok :)

 

ada lagi nak cerita pasai menega di bulan puasa ni, nanti cerita lagi, i ols nak main game sat, babai.

 

eh belum terlambat lagi kot nak ucap Selamat Hari Raya untuk semua ! yes semua kawan-kawan, sdara mara, kawan tak kawan dan sesapa lah yang kenai. Maaf Zahir Batin , ku tahu diri ini memang banyak menyakiti hati orang lain samadascara sengaja atau dop sengaja, huhu, Insyallah akan cuba jadi yang lebih baik pada masa akan datang .

 

NUFFNANG